Pages

February 13, 2012

Ayat Quran Ubat

Saje nk share info tentang perubatan guna ayat quran dari kawan kepada kawan2. Mudah2an dgn izin Allah swt, segala penyakit dapat disehatkan :)

i) Ubatkan pendarahan

Letakkan tgn kanan di atas bhgn yang sakit dan bacakan 3x ayat 106 & 107 surah Al Baqarah

ayat 106

ayat 107



b) Merawat kanser

Dr blog2 org.. Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَـبِ الْفِيلِ

أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍ

وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْراً أَبَابِيلَ

تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ

فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولِ




Maksudnya:
  • Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
  • Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1)
  • Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2)
  • Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan; (3)
  • Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras; (4)
  • Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. (5)
  • Demikian mukjizat ayat-ayat suci Al-Quran.Jika diletakkan di sebuah gunung, nescaya gunung akan hancur lenyap kerana takut kepada Allah. Demikian juga jika diletakkan atas apa-apa penyakit, nescaya penyakit tersebut akan hancur dan lenyap.

Cara Pengamalan

Selepas solat lima waktu, bacalah Surah Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas (tiga kali), selawat ke atas Nabi (tiga kali) lalu teruskan membaca Surah al-Fil (21 kali)

Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut. Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu.

Lakukan 21 kali baca dan tiup selama 21 hari selepas solat lima waktu.

Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga. Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, teruatamanya ke tempat kanser tersebut.Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.

Dr.H: Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar.Harus diingat, yang menyembuhkan ialah Allah Taala. Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud.

January 26, 2012

Kehormatan di Balik Kerudung



"The first meeting will leave us with curiosity, and the second one will leave us with yearning.. and I don't want to yearn."


Sinopsis:

Syahdu adalah wanita yang berhati mulia namun keras hati. Ia tinggal bersama ibunya serta adiknya, Ratih. Meskipun mereka hidup dalam kesederhanaan, Syahdu sangat mencintai keluarganya.

Suatu ketika Syahdu berniat mengunjungi kakeknya yang tinggal di daerah lain. Dalam perjalanan dengan kereta, Syahdu bertemu Ifan, pemuda soleh namun berpikiran terbuka, dan cerdas. Ifan dan Syahdu pun berkenalan lebih akrab. Perkenalan yang pada akhirnya, diam-diam, menumbuhkan benih cinta di hati mereka masing-masing, namun terpendam.

Adalah Sofia, gadis sekampung dengan Ifan, yang jatuh hati pula pada Ifan, namun Ifan tak pernah menanggapi serius. Ifan tetap bersikap baik pada Sofia. Sementara Sofia yang mengetahui kedekatan Syahdu dan Ifan, bersikap toleransi walaupun dirinya takut kehilangan pria idaman seperti Ifan yang taat beragama.


Aku dah tgk dah cite ni. Best gak.. Susah betul nak bercinta... ada saje dugaannya. Baru jumpe first love, tp cinta terhalang... patut jd first and the only love, kene jd 2nd wife pulak. adoii... Cuti2 ni dah brp byk cerita cinta yg aku tgk tah... semua cinta suci yg tak menjadik.. asik2 mati.. hehehee

Download di SINI. Trailer kat bawah ni:

January 22, 2012

Di bawah Lindungan Kaabah



Tertarik untuk share 2 ayat dari movie ni:
  1. "Demi untuk melewati badai, kita harus terus berjalan, bukan berhenti, dan harus terus berjalan lagi. Dua hal yang harus dibawa bersama iaitu keyakinan dan juga cinta."

  2. "Bahawa ketika kau tak punya siapa2 selain Allah, Allah itu lebih dari cukup."


Baru je tonton cite ni tadi. Cinta Hamid dan Zainab mmg betul2 power lah! Tapi yang paling seronok adalah sebab cite ni very Islamic. Walaupun gambaran seorang wanita tu bertudung kejap x bertudung... tp kena la kot dgn jangkaan waktu tu. Gambaran movie ni tahun dahulu kala... 1919-1927 gitu.. pehhh.. Sape yg berminat nk tengok, boleh tgk directly dari youtube di atas ni..


Selamat menonton! ;)


January 21, 2012

Journey 2: The Mysterious Island

Journey 2: The Mysterious Island

Pengembaraan ke Pulau Misteri (hehehehe)



Pelakon:
  • Hank - Dwayne Johnson @ The Rock
  • Alexander Anderson - Michael Caine
  • Sean - Josh Hutcherson
  • Kailani - Vanessa Hudgens
  • Gabato - Luis Guzman
  • Liz Anderson - Kristin Davis

Pengembaraan Sean yg ditemani bapak tirinya, Hank, dan rakan2 ke Mysterious Island mmg menarik. Cite ni pasal Sean yg berkobar2 nk g carik atok dia pas dpt petunjuk yg guna kod rahsia. Konon2nya taknak la berbaik dgn bapak tiri, tp akhirnya bapak tiri yg byk tolong menyelesaikan pembacaan petunjuk tersebut.....

Journey 2: The Mysterious Island Poster Journey 2: The Mysterious Island Poster
Journey 2: The Mysterious Island Poster Journey 2: The Mysterious Island Poster


Bagi aku, pengajaran cite ni ada la beberapa:

  1. Bila org buat something utk kita.. takleh la kita nk salahkan dia 100% bila apa yg dia buat tu agak memalukan/ x mencapai impian kita. Kita kene tau pucuk pangkal KENAPA org tu buat mende tu.. untuk kita kan?? Daripada dia TAK BUAT APAPA lgsg, kan bgs dia ada mencuba sesuatu :) heee

  2. Bila sayangkan seseorang tu, kita hendaklah cuba sedaya upaya untuk capai apa yg dikehendaki, tak kira la samada bersama ataupun tak. eh.. ermm.. betul ke aku ckp nih.. hehe

  3. Kasih sayang kekeluargaan tu penting, walaupun xde kaitan darah /kandung pun.

  4. The Rock ckp kalau kita suka kat seseorang dan nak dia jadi milik kita, apa yg kita kene buat adalah bukan mengikut kata hati, tp cuba buat yg bertentangan. huhuhu.. Aku x sure cane.. korang rasa?

Overall, aku rasa cite ni best! :) Sesuai tgk! hee..

Tekkeh korang! Selamat menonton wayang bersama keluarga!

Journey 2: The Mysterious Island Poster

 

Copyright © Bila Jari Menaip. Template created by Volverene from Templates Block
WP by WP Themes Master | Price of Silver